Monday 23 January 2017

Jigsaw


Latar Belakang
Kaedah jigsaw mula diperkenalkan oleh Dr Elliot Aronson pada tahun 1971 sebagai satu kaedah yang pada asalnya bertujuan untuk mengurangkan konflik perkauman di antara pelajar di Texas, USA. Melalui kaedah ini, Austin telah berjaya meningkatkan aspek kolaborasi dan seterusnya mengurangkan kekangan yang menghalang pelajar untuk bekerjasama antara satu sama lain.

Strategi ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk mempunyai aspek kebertanggungjawaban sama rata dalam tugas yang diberikan. Oleh yang demikian, kesemua ahli kumpulan harus memberi perhatian sewajarnya semasa sesi perbincangan. Ia secara tidak langsung mengurangkan aspek persaingan tetapi lebih memupuk semangat kebergantungan kerana pelajar saling bergantung dengan ahli-ahli kumpulan yang lain.


Kaedah Pelaksanaan
Langkah 1: Kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan (Home Team) yang terdiri dari 4 atau 6 murid atau dengan mana-mana jumlah pelajar yang munasabah dan setiap pelajar akan dinomborkan.

Langkah 2: Pelajar akan seterusnya dipecahkan kepada Expert Teams mengikut nombor masing-masing.

Langkah 3: Bahan akademik akan disajikan kepada murid dalam bentuk teks dan setiap murid perlu mempelajari dan memahamkan maklumat berkenaan bersama-sama dengan ahli lain dalam Expert Team masing-masing.

Langkah 4: Seterusnya, murid-murid yang berada dalam kelompok pakar (Expert Team) akan kembali ke kumpulan asal untuk mengajar/membimbing ahli-ahli lain tentang apa yang telah dipelajari dalam kelompok pakar.

Setelah selesai, murid-murid akan diberi peluang untuk menyatakan secara individu tentang apa yang telah dipelajari.





Sumber:
https://teaching-strategies.wikispaces.com/file/view/jigsaw.jpg/92298456/jigsaw.jpg



Faedah
Kelebihan model pembelajaran Jigsaw adalah sebagai berikut :

1. Pelajar akan lebih menguasai isi kandungan pembelajaran kerana mereka mampu untuk mengajarkan isi kandungan pembelajaran tersebut kepada rakan-rakannya dari Home Team.

2. Memperkembang kemampuan pelajar untuk mengeluarkan idea tanpa merasa takut untuk membuat kesalahan.

3. Pelajar lebih aktif dalam aspek komunikasi dan mengeluarkan pendapat kerana pelajar diberikan kesempatan untuk berbincang dan menjelaskan isi kandungan pembelajaran kelompok masing-masing.

4. Meningkat kemampuan sosial pelajar terutama dalam aspek hubungan interpersonal.

5. Pelajar akan belajar bagaimana untuk bekerjasama dalam kelompok

6. Wujud aspek kebergantungan positif dalam kalangan semua pelajar yang terlibat.





Rujukan:
https://en.wikipedia.org/wiki/Jigsaw_%28teaching_technique%29

2 comments: